Friday 26 June 2015

3rd Ramadhan yg ....

Assalammualaikum..hye! apa kabar ya? haa puasa tak tu? hehe...psstt pagi tadi sahur apa? hehe..
Alhamdulillah..

Salam Ramadhan kareem yg ke-9 hari ni :) hampir masuk 10 hari dah kan?

hehe...tajuk atas tu tulis 3rd Ramadhan. Tapi hari ni dah yg ke - 9. Banyaknya hari delay.... huhu..
Hari yg ke-3 Ramadhan tu fyda kje shift petang. Maka memang berbuka dekat ward la kan. kalau tengah keja ni, style bebrbuka ni xdela makan duduk sanatai2 sangat, hehehe...dapat teguk air basahkan tekak kering lepastu jamah apa2 makanan yg simple, kalau nak makan nasi kena cecepat weyh!!..

Ok, masa tu nak dekat pukul 5 p.m dah. Fyda bertugas as a runer in ward. Aah palari dalam ward, atlet!!. Pesakit di katil bahagian acute (chritical case which is need full observation). By Kak S (senior fyda yg incharge acute bed) untie F tu tetiba temperature spiking 40 celcius! Saturation oxygen drop tu 88% and down down, GCS (Glasgow Coma Scale) drop drop...kejut2..no respon..periferal sume jadi mensejuk dah. Panggil Dr. HO (Dr Houseman) . Dr HO panggil Dr. MO (Medical officer and specialist) . Boss semua dah datang, Boss tu kita panggil ukt specialist selalunya. Fyda and As tolak troli rhesus (troli merah, tapi dekat wad fyda, fyda bagi nama troly ni Ferrari. hehehe... Boss kte ok intubate! nurse semua dah lalri sana sini ambil barang, ubat DDA. Ada barang yg xde dekat ward mase tu..(bila dah emergency selalu mcam ni) so sbab Fyda runner memang sambil lari cakap, ape lagi weyh yg xde? ok...fyda call wad lain, fyda pergi ambil. Dalam tengah berjalan pantas tu, mata ni sempat melihat gelagat pesakit yg lain, muka dah takut, muka dah risau, muka penuh persoalan, muka xde perasann pun ada. And husband patient, uncle T. Sambil fyda tgh ckp dalam telefon, fyda perasan, mata uncle T nampak merah. wajahnya penuh kerisauan. Serba tak kena. Sambl tu sedang memegang sekeping kertas yg digunakan tadi mengipas isterinya. Nampak tangannya menggengam dengan dahi berkerut-kerut. Telefon fyda letakkan, terus laju berjalan untuk naik ke tinggkat 4. Sempat menagkap soalan dari boss kpd uncle T.

     Boss      : " uncle, tadi untie ada makan apa2, tak? minum ke? ada nampak dia susah nafas ke?                              atau dari tadi memang untie ni tidur saja". Ada panggil nurse tak?
     Uncle T :" takde2, Dia minum sikit saje, itu td la tengahri, lepas tu dia macam tido2, Takde                                    bangun2..tapi ada juga cakap sikit2 lepas tu tido2.. (dalam pelat chinese)

Sampai wad 4, fyda perhatikan pesakit-pesakit lelaki yg ditemani isteri, anak, emak masing2..Ada pesakit yg duduk tegak, ada yang terbaring lena. Tapi ada satu ni memang nampak kritikal. Disebelanya itu isterinya mungkin, setia memerhati keadaan suaminya. Kejap2 si isteri bangun membetulkan wayar yg berselirat. Wajah si isteri nampak sayu.Fyda terus cepat bergerak turun ke wad semula, tingkat 3. Dalam hati waktu tu, ya Allah sedihnya wajah si isteri tadi...Kasihanilah mereka, kuatkanlah semangatnya!.

Sampai dekat ward, anak-anak uncle T dah sampai dah, meraung menangis memanggil mama. 'Ma.... ma.... maaa... ". Nurse tenangkan, minta anak-anaknya ke tepi, untuk beri laluan dr dan nurse yg sedang bertugas. Tapi fyda perasan uncle T tetap di tempat yg sama dia berdiri tadi. Mungkin dalam hatinya berdoa. Dr C (dr mo) ." Ok, sent patinet for ct brain stat! Fyda and L membulat mata antra kitorang. Stat!! . then tengok jam..dah pukul 6.20p.m. Fyda terus pergi store tarik oxygen tank.Sambil tu panggil Kak S, untuk minta tolong sama2 angkat tong oxygen yg berat tu..plus masa tu pun memang fyda dah makin rasa exhausted. Kak S ni indian staff. Kak S : "kesian U. jom....U puasa kan?" Fyda cuma angguk je.

ni la trolley rhesus yang fyda panggil Ferrari. Merah kan? ermm yaa sebab tu fyda panggil ferrari.

.....fyda, Dr C, Dr M, Kak S and L sama-sama menolak katil menuju ke lift. Masa tu pulak security guard xde. Kuatkan suara sambil tolak katil, panggil guard minta tolong bukakan pintu lift. Tapi guard time tulah pergi toilet mungkin. Dr M teruskan bagging beg valve mask. Semua kena alert tengok monitoring screen untuk make sure saturation oxygen keep 100%. Bila drop je, kne cecepat tengok kalau ada mana-mana wayar yg loose.. Sampai bilik Ct Scan, radiographer suruh terus masuk dalam bilik scan. Ramai-ramai transfer pesakit dari katil ke tempat pesakit perlu diletakkan untuk scan dilakukan. Oxygen wall ready for supply full oxygen!. Scan dalam 5 ke 10 minit. Fyda tengok jam nurses yg attach dengan name tag. Dah pukul 7.15pm. Panggil L, lepas tu senyum...
" weyh L dah pukul 7 lebih dah. " L kata...relaxla...nanti dah settle semua barulah berbuka.

"Ct brain done!". Dr C. buka pintu bilik scan. "Ok. Jom hnatar patient to GHDW. Pleasa aaa watch out the line..pleaselaaa..." Line tu ialah venofix line, atau ada orang panggil branula.

Sampai GHDW. Staff kt situ semua dah ready nak receive patient. Setting bed. Adjust. "1,2,3" sama tranfer patient from bed to icu bed. masing menarik nafas kuat. Uncle T dengan anak-anaknya kena tunggu dekat luar icu sementara kami trasfer patient. Siap transfer, cuci tangan. Fyda, L, Dr M terus naik ward. Kak S dengan Dr C pass over case to staff icu. Sambil tolak bed, azan berkumandang. Masing-masing senyum berpandangan. Macam nak kata lega, sebab patient dah selamat untuk di monitor dekat icu. Sambil tu fyda cakap. " Perasan tak muka uncle T tadi? huuu....fyda sedihla..tak sanggup nak tengok muka uncle T. Dr. M : " kannn... I pun perasan, dia jaga wife dia sangat baik, walaupun untie tu mintak macam2, untung untie F dapat husband yg mcm tu. "

Flashback ~ Untie F dah agak lama duduk ward, dalam 2 bulan macam tu. Kami semua memang perasan, Uncle T sangat setia menjaga isterinya. Rasanya untuk part nursing care uncle tu dah makin pandai dah. Untie F pun selalu kalau pasal tukar pampers and pergi toilet or sponging, untie F kata dia mahu uncle T yang buat. Tapi as a nurse kne tengok juga sebab takut ada apa-apa yang tak kena. Ada masa tu kan, uncle F very moody, ialah orang sakit kan...macam-macam serba tak kena, kejap2 nak selimut, kejap taknak. Lepas tu nak tukar baju, nak minum, tak nak makan macam tu, nak kipas, suruh tutup kipas and etc. Orang yg ada disisinya ialah uncle T. Sampaikan uncle T pun boleh bukak suis kipas sendiri dekat ward, selamba je tekan-tekan suis dekat kaunter. Kitorang pun x kisah dah. Ikutkan orang lelaki tak boleh masuk untuk jaga pesakit perempuan. Tapi, kami benarkan dengan syarat pesan dekat uncle T jangan gunakan tandas dalam ward ni. Pergi ward depan. Uncle T faham. Kalau nak hantar uncle Fpergi toilet, uncle T akan panggil nurse minta temankan. Hari-hari buatkan air untuk untie F dan suapkan makan, Untie F tak nak air yg kakak PPK buat. Ada tu delang 3 hari, Uncle T akan balik rumah, dia kata nak tengok rumah, untie F suruh. Dia kata nak mandi dekat rumah. Bila datang bawak mangkuk tingkat berisi makanan yg Untie F request dengan stok pampers. Ada juga pernah masa fyda nak bagi ubat dekat Untie F, Uncle T tenga losyen dan bedakkan isterinya. Wangi. Rapi. Bersih.

     Uncle T :          " Hye misi.. (sengih2...) ooo mau kasi ubat aa..antibiotik kaa...
     Cik misi Fyda : senyum..angguk...baguslah uncle T ni jaga Untie F baik2 =)
     Uncle T :          (senyum sengih2)...ni bedak aa manyak bagus! dari zaman dulu lagi! Dulu aa botol                                ini botol mcam tin, sekarang plastik, sekarang aa bedak ni sudah mahal, lepas tu                                    sikit. Botol pun kecik dari dulu. Tapi Untie F suka sebab lembut. Saya belilah!                                      ^_^
Uncle T ni tak pernah lagi la nampak dia marah2, masam muka, apatah lagi marah2 nurse. Selalu ucap tq misi, tq aaa setiap kali kami lepas bagi ubat, lepas cek tekanan darah. hurmm memang baik. Ada masa tu dia melawak depan kitorang.

     Uncle T  :       " U aa misi takda cuti ka? hari2 keleja..wooo pesakit sini banyaklaa..u takda cuti"
     Cik misi Fyda : Ada uncle, mestila ada cuti...hehe ..sini kan Klang, memang selalu penuh. ":)
     Uncle T  :        "Misi. hari kan..Untie F manyak degil lah..makan pun sikit saja..aiyooo...apalah..                                   (tapi muke sengih2 jeling bini) "
     Cik misi Fyda : "Untie F, untie teringin nak makan apa untie? :) untie mesti kena makan aa :)
     Untie F  :          (muka masam, macam geram dekat laki dia mungkin).

------ dan kelmarin, Dr H bagi tau fyda, Untie F dah meninggal dekat icu. Ooohhh ya Allah...sedihnya, walaupun dia bukan dari bangsa aku melayu, tapi...huuu..mesti Uncle T and anak2nya sangat sedih..ishh terbayang muka Uncle T masa hari tu..

*dalam hati berbisik...memang macam tu lah kan realitinya. Inilah yang orang kata, suami isteri sama-sama susah senang, sama-sama melalui dikala pasangan tu busuk atau wangi, sakit atau sihat. Berbuat baik terhadap pasangan. hurmmm...apalah rasanya bila kehilangan yang tersayang.

Pada hari yang sama waktu kami sibuk selamatkan Untie F, ada lagi satu pesakit yg tenat juga, tapi makcik ni stable lagi, cuma dia dah sangat lemah, ikutkan memang Dr explain, tunggu hari saja..we just need monitoring her. Keep calling her family members. Makcik H ni asal orang Sabah. Jadinya memang semua family dia tinggal di Sabah. Husband makcik H kerjanya mcam agak tak menentu, tak dapat nak tengok2an isterinya 24 jam setiap hari. Boleh di kata dalam seminggu hanya bebrapa kali dan cuma sekejap saja. Yang rajin melawat makcik H setiap hari, jiran2 dan kenalan2 nya. Makcik H menghidap barah payudara yg peringkat kritikal. Dan kanser mulai merebak ke paru-paru dan tulang. Sebab tu semakin lama keupayaannya terjejas. Dari boleh berjalan sendiri, naik kerusi roda lepas tu baring saja. Daripada gunakan oksigen yg kecil sampailah kena gunakan oksigen yg paling besar. High flow mask.Daripada boleh senyum2 panggil misi, sampailah dia hanya dengan high flow mask oxygen. Perubahan tu tak lama, tapi hari demi hari memang nampak perubahannya. Sehari selepas kami hantar Untie F ke icu, petangnya tu, makcik F meniggal. Kawan fyda incharge masa tu, J kata memang sekejap je, baru tadi memang napak gasping. Aku pergi kat pesakit katil depan tu dalam 5 minit, datang balik dekat makcik H, aku tengok dekat-dekat, dada makcik H tak gerak dah. Terus panggil doktor. Dr N sahkan, makcik H dah meninggal. Waktu tu takde siapa pun disisinya waktu makcik H meniggal. Fyda sayu lagi masa tu. Terbayang senyum makcik H dulu.

Kawan-kawan...kita nanti macam manalah ya?  2 situasi yang jelas fyda lihat. Yang satu dijaga penuh perhatian oleh suami tercinta, yang satu lagi suaminya sedang berjuang mencari rezeki bukan untuk kaya, tapi untuk dapatkan duit untuk menanggung rawatan isteri. Kasih sayang dari suami yg kita lihat berbeza caranya. Pengorbanan. Cinta dan kasih sayang. Mungkin kalian akan memberikan pendapat masing-masing nanti. But please, don't blame on them. Sebab bukan kalian yg berada di situ. Niat fyda kongsikan cerita ni, untuk kita sama-sama ambil iktibar. Selagi yang tersayang masih di sisi, berikanlah perhatian, kasih sayang, cinta dan pengrobanan yg kalian mampu sepenuh hati keranaNya. Biar apapun nasib kita nanti, berdoalah moga-moga tuhan selalu tunjukkan jalan yg terbaik untuk kita. Jangan terus menerus tuding jari menyalahkan masing2. Maafkanlah...itu lebih baik. Insyaallah ada banyak hari lagi untuk kita lalui. Bagaimana cabarannya, tuhan saja yg selayaknya tahu. Kita...hanya mampu untuk berdoa dan berusaha sebaiknya. Sabar dalam berdoa, Sabr dalam berusaha. Insyaallah...yang lain-lain tu biar Allah yang tentukan nanti. Moga baik-baik semuanya. Sedia kita atau tidak, mintalah tuhan berikan kekuatan. Sebab Dia Maha Berkuasa.


No comments: