Thursday 20 September 2012

bila badan kurang sihat O_O maka . . . .

Bismillah...   ohok3...terbatuk-batuk sambil mengesat mata yg berair ~
saudara saudari semua sihat? O_O a'ah..saya memang kurang sihat, alhamdulillah tetap masih mampu untuk makan, minum, mandi,berjalan, solat , macam biasa ~


waktu-waktu macam ni pulak, asaimen makin banyak, dengan clinical posting, then final semester exam... yg pasti segala tugasan-tugasan di atas ada nilai yg sangat tinggi untuk pastikan final year nursing ni ditamatkan dalam keadaan pointer yg mumtaz!! ye mumtaz!! rabbi yassir wa la tu'assir ~

Ya Allah, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku.


cik cantik :"Eh, kak pidah demam ke? muka layu je ~ "
cik pidah : "Eh, nampak sangat ke layunyer? ermm ye kot, tak demam lagi,cuma dedo je ^_- "

bila badan kurang sihat, O_O, maka . . . sepatutnya kita perlu...

- lebih berhati-hati bila makan minum, pastinya ambil makanan yg berkhasiat untuk bagi diri ini tetap kuat dan bertenaga!
- akan lebih alert dengan kebersihan diri; mandi, cuci baju, tempat tido yg selesa
- ambil cecair lebih banyak contohnya sup2, jus2, dan air kosong untuk kawal suhu badan
- make sure elimination regular, untuk seimbangkan apa yg diambil dapat dikeluarkan dengan kadar yg sesuai ~
- lebih suka untuk berehat-rehat sambil mencuci mata melihat-lihat pokok2 hijau, mendengar bunyi2 air ~ hewhewhew...tenangnya~
- tido cukup! ye cukup! tido berkualiti! *banyak koje? letak tepi sekejap ~ nanti sambung balik la ye..

dan yg paling2 penting... JANGAN TINGGAL SOLAT! ini kena letak yg teratas sekali...

selalunya bila badan mula kurang sedap, ramai orang lagi suka untuk ambil kesempatan, tinggal kewajipan yg ini...huhuhu..janganlah ye awak2 semua... "eh, cik pidah orang tak larat la, migrain ni bila demam-demam mcam ni, siyes tak larat ~ nt orang ganti la solat tu.." .

weyhh, mane boleh!! Tapi mata tu tak terpejam lagi kan? tu mulut boleh cakap lagi kan? mata masih nampak lagi kan? akal pun insyaAllah masih waras lagi kan? masih boleh sedut oksigen, hembus keluarkan karbon dioksida kan? err jari jemari pun masih boleh men'reply mesej or calling2 dri sape2 kan? -.- masih mampu update status kt facebook, bertweet2 kan? tapi kenape..... tak nak solat.... kenappppppeeeeeee???

ketahuilah..awak2 walaupun sakit sikit ke banyak2 ke, selagi mampu, sempurnakanlah solat yg 5 waktu tu. Actually, fida rasa mostly sekarang ni, we always know dalam ape keadaan mcm mane pun tetap kena solat, tapi?

macam nilah, sebab tu Allah suruh kita selalu ingat pada Dia, awak..awak...mari kita sama2 rajin istighfar, moge2 kita selalu ingat Allah~ ingat..dan mahu untuk solat...sedar dan terus lakukan solat bila dah tahu memangdah sampai masuk waktunya..jangan lupa dalam setiap kali solat, berdoa lah banyak2 moge2 Allah beri pinjam pada kita kekuatan untuk terus bekerja dgn atas namaNya. "Tapi cik pidah, tak de orang ingatkan saye pun, suruh solat time tak sihat2 ni, tak de orang tolong pun, dan takde pn rase suasana untuk solat sekarang bila sakit ni...

*tears~ kita kena tolong diri kita sendiri, awak tak sedar ke? ermm mungkin sebab tenga sakit tu, awak kurang sedar kot, tapi sekarang dh sedar kan? haa pergi ambil wudhu' solat sekarang! tak de orang cakap? awak kena cakap dgn diri awak sendiri sayang ~ awak tahu kan? tak larat? lakukan selaratnya seterdayanya ye, Allah ada sediakan mcam2 cara tau,  Allah tu Maha Pengasih ~


so bila badan kurang sihat O_O maka jangan jadikan trend @ tabiat untuk tinggalkan solat ye awak ~


banyak2kan berdoa moga2 hati kita ada cahaya untuk terus ingat pada Allah..sakit atau sihat, mari bersamalah kita saling mendoakan kesejahteraan satu sama lain..awak doakan saya, saya doakan awak...so sape kate xde orang sayang kt awak? ha? ^_^