Monday, 22 July 2013

ramadhan kali ini

Bismillah...
=) assalammualaikum....

alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-13 berpuasa! wah cepatnyer!
berminggu tak update -.-' tpi fida rajin blogwalking tao! ^_^v hehe

ramadhan kali ini, apa yg lain? haa...
bagi fida, ramadhan kali ni, stakat ni, yg paling lain ialah sebab dapat berpuasa seharian dan bersahur dgn family! yeay! syukur alhamdulillah! b4 ni boleh kira berapa kali balik rumah utk berbuka dan bersahur b'sama-sama mereka yg ku chenta! jadinya agak bermakna! ya memang bermakna! my ibu selalu cakap, ni lah ibu suka, untungnya ada anak perempuan, boleh disuruh-suruh, boleh di harap mintak tolong itu ini dekat rumah ni. wohoooo terharu weyh!

paling best, request je lah nak makan apa pun menu yg diidamkan, my parents akan tunaikan dgn syarat! ahaaa..fida harus setia di dapur! s e t i a! haha..ya setia membantu dgn bersungguh-sungguh sehinggalah menu yg diinginkan terhidang dengan megahnya! heh!

bila bab terawih pulak, ahaa....sumber inspirasi utama ialah ibu dan jugak ayah! sebabnya..merekalah orang yg paling tegar mengajak anaknya ini supaya jgn ponteng terawih melainkan dgn sebab uzur syarie ~ kalau tak kan...memang la ~ bila time ada hari yg mood mcm tak berapa nak baik tu, mulalah...haishh...dan kalau kat surau or masjid tu, rasanya sangat malu kalau sengaja bermalas-malasan untuk buat solat sunat qabliyah dan juga ba'diyah bila tengok golongan yg atuk nenek ni gagah berdiri tak pun duduk atas kerusi untuk solat. My ibu kan, dia suka tau cuit fida, kalau tgok fida ni mcm tak berdaya je...baru 2 rakaat dh menguap luas dah! nt kan dia cuit kita lepas tu tunjuk nenek yg gagah tuh..huuu.. -.- malu, segan, heee..maka bangunlah saya! hihi...

ok jap, semenjak bersahur dan berbuka kt rumah ni, menu makanan kampung menjadi kegermaran! kalau masa duk kt kL b4 ni, bila cuba buat mesti tak jadi or akan jadi ter 'western'! haha...

dan inilah dia pencuci mulut hasil air tangan dri kampung girl! pisang rebus parut kelapa! sedap!!!



Wednesday, 3 July 2013

di sebalik biskut sampan

Assalammualaikum awak :) sihat? alhamdulillah...

Entry kali ni di tulis selepas mula menyedari sesuatu...apakah? heee...*sengih manis!

Ini pengalaman pertama fida buat biskut raya! sebelum ni selama bertahun-tahun tak pernah buat biskut raya! yes. pengalaman pertama :

- menggentel / melenyek tepung utk buat 'kulit' pada acuan biskut sampan, jgn tebal-tebal, nt tak cantik, tak sedap, tak masak sepenuhnya...make sure tepi-tepi 'kulit' tu sama saiz dan comel!

- menggentel inti ; pastikan slim dan sederhana panjang, jgn gemuk-gemuk nanti melimpah sampan, tenggelam ~ hehe,

- meletakkan satu persatu potongan cute buah cherry merah dan betik hijau diatas inti dlm perahu; bulatkan mata utk make sure semua warna merah dan hijau terlekat cantik atas inti.

- selepas biskut dibakar, satu persatu susun biskut yg mengikut kriteria yg sepatutnya  sampai dapat 5 tingkat dlm satu balang utk cukupkan 50ketul sebalang!

- kemudian balang yg dah penuh di 'sealed' dgn plaster sebelum disusun ke dalam kotak untuk diedarkan kepada mereka yg telah menempah.


haaa.... ni lah rupanya, yg ni yg reject sebab warna kulit ni agak rentung...hehe..

pheww... untuk memenuhi setiap peringkat saiz rupa bentuk  dan rasa, bukan semudah ngapp je masuk mulut...

duduk bertimpuh, bersila dan mcama posisi duduk fida buat sepanjang nk membuat kuih ni. Letih. Sakit pinggang. Agak bosan sebab tak suka duduk lama-lama dan 'terpaksa' siapkan melenyek dan menggentel serta menyusun biskut ni. -.- huhu...


Siang tadi, timbul satu perasaan yg tnah dari mana ntah, spontan tercakap, ya Allah sabarnyalah nk buat biskut sampan nih. Mcm ni pun ada org sanggup nak beli, *dalam hati, memang x gemor pun biskut2 nih..kerepek lgi best! Hurm dan aku sekarang salah seorang yg sedang membuat biskut nih!

Tanpa disedari, Mak ciik Ta sebelah fida menyahut..iya Pidah, tak ramai org sanggup buat biskut ni, satu-satu nak kena buat..kalau tak sabar memang cepat je lah nk berhenti koje kt sini. fida senyum x kata apa2 :)

Sambil menggentel doh tu, alahai biskut, awatla nak kena buat kulit lah, inti lah cherry lah..kalau jari aku ni agak kurang sempurna, agak-agak boleh tak aku buat 'kulit' biskut nih.
 ohh jari *sambil pandang jari sendiri ~

cantik kan Allah! hurm bijak kan? subhanallah..

ntah dari mana, dgn sumber apa ntah, Allah ilhamkan kepada pencipta biskut ni satu masa dulu cara-cara untuk buat bikut nih. Dgn jari jemari yg Allah ciptakan, sendi-sendi, urat-urat dalam jari nih bergerak bekerja utk dapatkann hasil yg sepatutnya! kan?

mari bersyukur <3 bila kita buat biskut nih dgn hati yg ikhlas, halal, mudah2an nanti ada ganjaran pahala kebaikan utk kita! Dari segi saling membantu sesama geng buat biskut sampan ni + nanti org yg beli pn suka! gembira! rasanya bahagia betul-betul dapat dirasai! kan?

di sebalik rasa bosan, kurang gemar dgn aktiviti yg agak pasif ni sebab tak jumpa banyak pesakit, heh -.^' rupa-rupanya ada banyak perkara yg Allah didik utk diri ini.

Bersabar + bersyukur!