Bismillah ~ ^_^
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan hadiah yang istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian..
Dalam hadis qudsi, Allah berfirman :
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''(H.R. Bukhari dan Muslim) ♥
p/s: nikmat senang mahupun susah, semuanya itu adalah daripada ketentuaNya, cumanya diri kita sendiri yang mungkin kurang sedar ataupun belum sedar apakah hikmah daripada semua nikmatnya itu...mari kita saling mendoakan :)