Friday 19 June 2015

Salam Ramadhan Kareem :)

Assalammualaikum..

Alhamdulillah selamat 2 hari menjalani ibadah puasa untuk tahun 2015 ini. Rasa macam eh kejapnya..eh nak Raya dah!! hihihi... Dari Fyda dan family semua mengucapkan Salam Ramadhan Kareem untuk semua blogger di luar sana. Mudah2an Ramdhan kali ni memberikan makna yang lebih baik untuk kita semua.

Tahun ni first Ramadhan Fyda sempat untuk bersahur dengan ayah dan ibu. Tapi berbuka dekat ward..hehe...demi tugas kurelakan jua... ;) bada tu tak nak sedih sangat sebenarnya, cuma nak sedu hiba sikit ja... :p Walaupun tak dapat makan sama-sama family, ibu kata, takpa...kerja...ibu rela.. uhuhkkk...jernih mata!

Pesanan untuk semua termasuk diri ini, hehe...berpada-padalah ketika membeli makanan dekat bazaar ramadhan tu ya...ada banyak makanan, jual pulak petang-petang kan, ishhh perut memang lapaq!! tekak kering!! tapi janganlah beli air sampai 4 jenis. ishhh!!! puasa kan sebulan! sehari satu dahlah! hehe... sabar ya sabar....

Ermmm...waktu Fyda student dulu kan, kita duduk dekat Kg. Baru. Haaa....Kg. Baru tu tak pernah tak meriha tau setiap kali bazar dibuka! Fyda pun pelik, ehh orang KL ni memang tak masak ea kat rumah?? panjanggg bazar tu tau. dahlah panjnag lepas tu ada banyak tempat. Jalan jadi lagi sesak sebab orang parking sesuka hati nak singgah membeli. Ada yg tak parking pun, beli style macam druve thru ppun hadoo...haaa...tapi, pelan-pelan kan, bila azan ja...orang makin tak ramai dah kt bazar. Sebab semua dah duduk depan cendol, depan ayam percik, nasi kukus ayam dara terbaik! haa...hehe....psstt.. jangan lupa baca doa. Panjatkan kesyukuran kerana diberikan nikmat rezeki dapat jugak membeli, lepas tu, dapat jugak berbuka, makan pula sodap2...jadi janganlah kedekut nak bagi orang depan kita tu rasa cendol kita! haaaa gitu! :)

Korang pernah tak berbuka dekat masjid? Pernah sekali tu, kawan Fyda, nama dia Yati, ajak Fyda pergi berbuka dekat Masjid Kg. Baru. Kitorang pergi bazar beli satu je juadah..masa tu Fyda beli burger bakar! then bawak makanan tu pergi ke masjid. waaa....macam batak sikit sebab dah tersusun dah mangkuk kiut2 yang ada kurma dan bubur lambok serta secawan air dekat atas tikar. Kitorang pun ambillah tempat, dari takde orang langsung, sikit-sikit penuh la masjid dengan semua orang bersila rapat-rapat nak tunggu azan untuk berbuka. Fyda cuit Yati, eh....nak makan burgur sekarang ke? macam segan je.. " kebetulan masa tu ada seorang budak perempuan tadika, 6 tahun yang ayah dia suruh adik tu duduk depan kitorang diam-diam. Ayah dia pesan, kakak duduk sini buka puasa tau. Lepas tu pergi solat ya..Adik tu angguk je.. Comel betul! takde sape pun teman dia. Mula-mula tu kami punya burger kami letak sebelah mangkuk bubur lambuk, lepas tu..kan pelan-pelan kitorang letak tepi kami..sebabnya tetiba rasa segan yang amat nak makan burgur depan adik tu. hihi...lastly, kitorang makan burgur tu dekat hostel! haha sejuk kejung dah burgur bajar tuh..telan jugaklah kan, sebab burgur tu RM 7 seketul weyh..!!! puas beratur tau! :p

Tulah antara kenangan yg masih Fyda ingat lagi. hihi...

Antara orang yang paling rajin remind Fyda ialah ibu. Dia akan kata, jangan beli banyak-banyak. Ingat puasa tu sebulan. Sebab tu sampai sekrang Fyda pun macam dah terbiasa, tak mahu beli banyak2 melainkan kalau masa tu memang nak buka berjemaah dengan family yg ramai. Lagi satu, selalu kan perasan tak, dalam sebaris bazar tu kan, kita akan jumpa orang yg jual murtabak sampai 3 ke 4 orang. Haaa.... ini memang menguji keimanan dan kewarasan! keliru nak pilih yang mana, semuanya banyak orang beratur! Semuanya bau sedap!!! Fyda jenis kalau dah beli kat satu tempat, lepas tu dapat pulak bila time makan tu x sedap, xde rasa...memang esok tu I tak kan beli lagi dah lepas tu. Melainkan member beli, dia kata sedap,lepaih tu kita try rasa. haa... Aci tak? hihihi :)

Selamat berpuasa semua..ikhlaskan hati keranaNya..insyaallah tenang walaupun lapar. Fi hifzillah :)




esok bangun sahur tau! :)

No comments: