Wednesday 3 July 2013

di sebalik biskut sampan

Assalammualaikum awak :) sihat? alhamdulillah...

Entry kali ni di tulis selepas mula menyedari sesuatu...apakah? heee...*sengih manis!

Ini pengalaman pertama fida buat biskut raya! sebelum ni selama bertahun-tahun tak pernah buat biskut raya! yes. pengalaman pertama :

- menggentel / melenyek tepung utk buat 'kulit' pada acuan biskut sampan, jgn tebal-tebal, nt tak cantik, tak sedap, tak masak sepenuhnya...make sure tepi-tepi 'kulit' tu sama saiz dan comel!

- menggentel inti ; pastikan slim dan sederhana panjang, jgn gemuk-gemuk nanti melimpah sampan, tenggelam ~ hehe,

- meletakkan satu persatu potongan cute buah cherry merah dan betik hijau diatas inti dlm perahu; bulatkan mata utk make sure semua warna merah dan hijau terlekat cantik atas inti.

- selepas biskut dibakar, satu persatu susun biskut yg mengikut kriteria yg sepatutnya  sampai dapat 5 tingkat dlm satu balang utk cukupkan 50ketul sebalang!

- kemudian balang yg dah penuh di 'sealed' dgn plaster sebelum disusun ke dalam kotak untuk diedarkan kepada mereka yg telah menempah.


haaa.... ni lah rupanya, yg ni yg reject sebab warna kulit ni agak rentung...hehe..

pheww... untuk memenuhi setiap peringkat saiz rupa bentuk  dan rasa, bukan semudah ngapp je masuk mulut...

duduk bertimpuh, bersila dan mcama posisi duduk fida buat sepanjang nk membuat kuih ni. Letih. Sakit pinggang. Agak bosan sebab tak suka duduk lama-lama dan 'terpaksa' siapkan melenyek dan menggentel serta menyusun biskut ni. -.- huhu...


Siang tadi, timbul satu perasaan yg tnah dari mana ntah, spontan tercakap, ya Allah sabarnyalah nk buat biskut sampan nih. Mcm ni pun ada org sanggup nak beli, *dalam hati, memang x gemor pun biskut2 nih..kerepek lgi best! Hurm dan aku sekarang salah seorang yg sedang membuat biskut nih!

Tanpa disedari, Mak ciik Ta sebelah fida menyahut..iya Pidah, tak ramai org sanggup buat biskut ni, satu-satu nak kena buat..kalau tak sabar memang cepat je lah nk berhenti koje kt sini. fida senyum x kata apa2 :)

Sambil menggentel doh tu, alahai biskut, awatla nak kena buat kulit lah, inti lah cherry lah..kalau jari aku ni agak kurang sempurna, agak-agak boleh tak aku buat 'kulit' biskut nih.
 ohh jari *sambil pandang jari sendiri ~

cantik kan Allah! hurm bijak kan? subhanallah..

ntah dari mana, dgn sumber apa ntah, Allah ilhamkan kepada pencipta biskut ni satu masa dulu cara-cara untuk buat bikut nih. Dgn jari jemari yg Allah ciptakan, sendi-sendi, urat-urat dalam jari nih bergerak bekerja utk dapatkann hasil yg sepatutnya! kan?

mari bersyukur <3 bila kita buat biskut nih dgn hati yg ikhlas, halal, mudah2an nanti ada ganjaran pahala kebaikan utk kita! Dari segi saling membantu sesama geng buat biskut sampan ni + nanti org yg beli pn suka! gembira! rasanya bahagia betul-betul dapat dirasai! kan?

di sebalik rasa bosan, kurang gemar dgn aktiviti yg agak pasif ni sebab tak jumpa banyak pesakit, heh -.^' rupa-rupanya ada banyak perkara yg Allah didik utk diri ini.

Bersabar + bersyukur!

No comments: