Monday 6 June 2011

bulan Rejab

alhamdulillah...salam semua

Sekarang bulan berapa? bulan 6! ye bulan Jun..dalam tahun 2011. Macam mana dengan azam & tekad anda2 semua?? dah tercapai? ke on the way? yg penting jangan putus asa ok! chaiyoOk!! kuatkan semangat!!

Dan jangan lupa dalam masa yg sama kita sedang dalam bulan Rejab. 
Lepas Rejab >> Sya'aban >> Ramadhan [penuh dgn rahmatNya] >> Syawal  [RAYE!!] ~ hehe....
tapi mungkin ramai yg agak kurang sedar, ada banyak ganjaran yg istimewa dalam bulan ni, terutamanya dalam bab puasa. *eh jap2, niat kena betulkan before nak niat puasa tu, jangan pulak sebab nak diet! hehe...lebih molek lebih baik niat kerana Allah...aminn

antara kelebihan di bulan Rejab :

  • Bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t membuka pintu kebajikan dengan luas dan digalakkan kepada hamba-hambaNya agar memperbanyakkan solat-solat sunat, puasa, beristighfar, berzikir, bertasbih dan amal soleh yang lain serta tidak meninggalkan ibadah wajibnya.
  • Sabda Nabi s.a.w : “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di Hari Kiamat.”
  • “Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1000 dinar, dituliskan kepadanya tiap-tiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapus seribu kejahatan.” (Al-Hadis)
  • Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun, ini kerana kebesaran hari Isra’ Mi’raj. (Al-Hadis)
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis ) 
doa bulan rejab 
~ if x hafal, boleh tadah tangan sekarang, baca kejap, silakan ^_^ ~




)^_^( renung2kan dan selamat beramal...bila lagi kita nak buat kan? selagi ada daya..insyaAllah
p/s: yg nampak hitam tu manis tau!

No comments: