Tuesday 13 November 2012

bersama dan melihat mereka, aku tersedar..


Bismillah..assalammualaikum ~ ^^ hehe
dari sebelum pergi posting ke HBUK, sampailah dah balik ke KL semula, then..dah masuk minggu ke-3 ni barulah hari ni jari jemari ni rajin untuk menaip banyak berkongsi cerita sepanjang posting dekat Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak... popular kan tempat ni? rasenye korang semua pernah and memang selalu dengar kan? ni tempat apa? ha jawab? ..... ok2.... rasanya tak perlu saye jelaskan panjang lebar, tempat ni untuk apa.. kan? hihi

Alhamdulillah...Allah beri kami peluang, ada daya dan upaya untuk melalui 2 minggu berhadapan dengan pesakit2 kat sini... ye, hanya 2 minggu sahaja...kejap kan? tapi rasenya sangat banyak pedoman yg boleh diambil, yg pasti betul-betul memang tak sikit tak banyak ada terkesan pada diri sendiri...huhu ~

okay,dalam entry yg ni fida akan share 'sesuatu' untuk awak-awak, dan kita-kita semua cube berfikir sekejap...lihat dan tanya khabar minda dan akal fikiran kita.. hari ni dia sehat tak? err macam mane nak tau sihat ke tak? of course lah...ramai yg akan jawab, bila minda kita sihat, tindakan kita pun rasional, apa yg dicakapkan pastinya adalah logik, kan? betullah tu... =)

then...diringkaskan sedikit ceritanya...

berdasarkan pengalaman berhadapan dengan mereka, bercakap, berbincang, beriadah dengan mereka dan banyak lagi aktiviti lain...ada sesuatu yg betul2 membuatkan fida insaf di situ..ape dia? nikmat kewarasan akal! ye betul, deme semua ni ada masalh sedikit dri segi menguruskan tekanan yg dialami, sebab tulah sampai satu mase, tindakan yg dibuat agak tidak rasional. Eh, ingat balik, sape yg bgi kita nikmat sehat yg kita tgah dapat sekarang ni? sape? haa.. Allah lah! kan? then nikmat ni sape punya? Allah lah..kan? subhanallah~  Allah masih beri pinjam pada kita.. ^_^ untuk apa? untuk kita terus manfaatkan~ macam mana? banyak cara ~

bila diselidik, apa punca yg menyebabkan mereka berada di sini, mostly disebabkan tekanan masalah!masalah yg kadang2 tu nampak biase je...tapi disebabkan mereka tak dapat or tak terfikir untuk cara yg betul, mulalah datang mcm2 hasutan untuk suruh mereka buat yg bukan2.. apa membuatkan fida kesian ialah..mcm mane and kenapalah..mereka ni boleh terfikir untuk bertindak ke arah yg tak baik tu..huhu.. itu semua urusan Allah, kehendak Allah.. apepun, suka untuk fida ingatkan di sini, jangan memandang terlalu hina pda mereka semua ni, ye betul, mereka pernah melakukan kesilapan, dan akhirnya..jadi begini! so layakkah kita untuk terus menghukum mereka dgn memandang mereka sebgai insan yg jijik! sebb memg dri fizikalnya mereka tidak cukup cun atau macho untuk digandingkan dgn kamu? bila jumpa orang2 macam ni di luar sane, jika bimbang mereka akn mengapa2kan awak, cuba hubungi pihak yg berkuasa untuk melindungi mereka.

Satu lgi stigma masyarakat yg masih belum dpt lagi dipupuk ialah terus dan terus label mereka ni seperti orang yg tidak lgi berguna... huhu..hentikanlah~ actually, ada sebahgaian dripda mereka ni sebenarnya berpeluang untuk sembuh, means boleh survive di luar sana bila memang keadaan kesihatan mereka betul2 dh ok, pihak hospital akan bgi kebenaran unutk discaj, dn biarkan mereka di bawa pulang oleh keluarga tak pun ditempatkan ditempat khas, untuk berkhidmat and hidup mcm org lain, boleh pergi kerja..but make sure mereka ni makan ubat! ye makan ubat! and memang tak dinafikan, ubat2 tu semua ada mcam2 kesan sampingan, tpi sekarang ni tak sangat dah, sebab banyk2 ubat2 yg terkini yg pihak kerajaan bgi pada mereka ni in minmal side effect, cuma ubat2 lama2 je yg side effect dia teruk skit, mcm air liur meleleh banyak..tpi ada ubat lain nurse akan bgi untuk reduce saliva tu...



hospital ni sangat besar keluasannya, dan fida x ingat..huhu... yg pasti, haa nampak tak signboard pejalan kaki tu? ye..memang kitorang bejalan kaki dri satu tempat ke satu tempat, dari wad geriatrik yg jauh tu ke depan nun kantin hospital, gerak lagi untuk ke surau pulak... fuhhh~ memang boleh slim..hehe... *memang ada rasa perubahan sikit la! tpi sikit lah! sebab makanan kt sana murah-murah..sooooo hehe paham2 je la.. ^_^


hurmm, memang tak ada gambar patient, sebab memang peraturannya tidak dibenarkan ambil gambo dgn deme.. tak po lah.. huhu...bukan apa, ini untuk melindungi status mereka =) faham kan?

yang fida suka sangaaattttt, ialah suasana pagi-pagi dekat hospital ni..perghhh sejuk..hijau...kabus dibalik bukit-bukit dan pepohon ~ diceriakan dgn kicau-kicau burung, seluas pandangan... memang betul-betul boleh dijadikan mcm treatment untuk mata! haha setiap kali fida berjalan kaki menuju ke hospital ni dgn cik-cik misi yg lain, fida akan ulang ayat yg sama!
" ya Allah...cantiknya..subhanallah..." cantiknya! hiruk pikuk, bising2 kureng sikit! memang sesuai lah nama hospital ni Bahagia!



haaa yg kt atas tu, di balik pokok yg cantek ni, ialah bangunan pentadbiran dan juga kira macam office untuk doktor2 pakar ..  sebenonye, fida nak ambil gambar pokok ni je..hehe..

huhu...rasanya memang sangat bermakna dapat chance datang sini, teringat masa-masa seronok main game dgn pesakit, dorang ni memang layann jee...pantang dengar muzik, konfem menari! kalau lgu2 lama feveret tuh, haaa kejp lgi ada yg mintak microphone untuk menyanyi! haha..happening kan?

adalah satu part game tu, memang fida rasa serba salah sikit, nama game tu kitorng panggil
'giant necklace' caranya ialah pesakit kena cantumkan kertas yg telah dipotong panjang dan buat mcm bentuk bulat2 then sambung2...*boleh bayang tak? hehe..then masa tengah semangt bgi sokongan kt patient tu, ada seoarang patient ni, panggil fida dgn penuh sedih! mak cik Z : " Misi.... tak boleh buatlah...macam mane nih" papppp! ya Allah fida lupa ke? umpama rasa betul2 mcm terhantuk tersedar! la..patient ni ada masalah parkinsonism kan? yg aku pgi  suruh die main game cantum2 pakai kertas ni then suruh gamkan..memang la..dia susah nak buat~ nak pegang kertas pun payah, apa lagi nak cantumkan.. istighfar panjang fida dlm hati... Misi F: " ^__^ dgn senyum..sambil memegang bahu sebgai tnda tak mengapa, "tak pe2..nt game lepas ni makcik boleh main betul2! bagi group ni menang! okayh? yg ni biar dorang buat! mak cik tolong bgi sokongan, tak pun tolong pegangkan rantai yg dah siap nih sampai semuanya siap! okayh! * dgn penuh harapan, fida try untuk buatkan makcik Z tu tak rasa serba salah sebb tak dapat buat! tapi sebab tak sampai hati, fida ambil sekeping kertas then pegang sama2 dhn mak cik tu, sambil bentukkan bulat, lepas tu suruh kawan dia tolong gamkan! sungguh! dia memang nampak sedih! tapi game yg selepas tu, memang namapak kesungguhan makcik ni berjalan dgn cepat untuk past barang, event memang ada masalh untuk bergerak...

*huuu..panjangnnyee la cik pidahh, ye ini hanya sekadar cerita biasa, tpi pada fida, ini antara moment yg betul2 menguji sikap aku untuk jadi nurse yg sensitif dgn keadaan pesakit..sungguh! ada banyak lagi story... =) pengalaman adalah cikgu! soo..hargailah ia, simpanlah ia untuk dijadikan bekalan di masa yg diperlukan nanti... amin.. rabbi yassir wa la tu assir ~




No comments: