Saturday 6 June 2015

2015

Hye! Assalammualaikum kawan-kawan :)

Dah masuk Jun dah. And this is my first entry! boooo fyda... hihihi.. takpa-takpa, kak yuyu kata berblog ni mcm diary, tulis apa yg kita suka, apa yg kita rasa nak share dengan orang lain.

Ada banyak cerita nak cerita, hehe....

My birthday pun dah lepas!alhamdulillah.... muda-mudahan diri ini sentiasa dilindungiNya. Fyda pun dah selamat konvo dah tahun lepas, dan sebelum tu, dengan izinNya, Fyda pun dah selamat bertunang dengan Mr A. Amin....syukur sangat, terlalu banyak yang Allah bagi untuk gembirakan kita, setiap dari hari-hari bahagia semua ini, Allah juga ada menguji Fyda dan seluruh keluarga, bila nenda tercinta akhirnya pergi meninggalkan kami selepas beberapa hari nenek sakit. Senang nenek pergi. Anak-anak yang ramai semuanya sempat jumpa. As a nurse, huuu dapat jugalah Fyda merasa jaga nenek waktu nenek duduk dengan kami sekejap. Fyda selalu touching sendiri, bila dekat wad dapat jaga nenek orang lain, tapi risau nanti kalau nenek sendiri sakit tak sempat nak jagakan.

* Deep breathing....

Semua tu dari Allah, dan pastinya bila Allah mahu, Allah akan ambil semula pada bila-bila masa. kalau nak menangis, menangislah....tak salah pun, tapi kena juga pujuk diri sendiri tau. Dan jangan lupa, dalam menangis tu sebenarnya tuhan mahu kita makin dekat dengan Dia.

*senyum ... senyum... ^_^ haaaa.... gitu...kan kiut!

ermmm bila last korang bagi chance dekat diri sendiri untuk melasak lepas sekolah? hehehe....kat sini Fyda nak share sikit masa join #skytrexshahalam. Pernah dengar kan? haaa... Dah pernah pergi ke? hooo...bagus-bagus..bestkan! =)

Ini pertama kali selepas beberapa tahun, haa ada la dalam 2 ke 3 tahun tak melasakkan diri. Ini Fyda join dengan geng2 baru dari kawan-kawan baik Mr A. Enjoy betul masa tu tau! hehe... ikutkan Fyda ni last minute join! last minute booking! orang last sekali bayar. haha...tapi bila nak mian game, excited nak buat flying fox cecepat! adrenaline tengah high masa tuh!


namapak tak muka tu still nampak enrgetic walaupun dah habis game!!
Fyda cadangkankalau korang nak main game ni, datanglah awal pagi sebab pagi-pagi sejuk. Dan barulah macam sesuai je kan kalau kita nak berpeluh-berpeluh burn calories! dan takdela sunburn teruk...kikikiki...paling awal, start game pukul 8.30 pagi, dah kena siap-siap kumpul dekat sana tau. Bukan pukul 8.30 pagi baru nak tarik selimut! hehe... Korang boleh join aktiviti ni dalam kumpulan atau pun individu. Masa ni kami ada dalam 12 orng. Boleh je kalau nak ajak satu kelas, cuma nanti kena sabar la kan nak tunggu giliran untuk completekan setiap paltform. Bila kita main in group, semangat kesukanana berkumpulan kena ada, barulah kepuasan main game tu penuh je dalam jantung! haha...


haaaa...inilah yang dinamakan usaha tangga kejayaan!! kalau korang nak merasa seronoknya fly~~~ anda semua haruslah mendaki tangga-tanga ini. Jangan takut jangan segan, nampak tak ada tali tu, haa setiap platform ada tali. Dan semua peserta wajib kena pakai Harnes . Pada harness tu ada clickers dan roller yang kita kan gunakan untuk memanjat, menurun, terbang dan semuanyalah! Just make sure, korang semua pasang clickers dgn roller tu betul-betul k. Tangga kat atas ni tangga pertama yang kitorang kena panjat! dan sampai atas platform tu, korang akan gunakan roller dgn clickers untuk fly!! kat ats tu adalah flying fox! Fyda memang, memang suka fly fly nih...memang takut. tapi memang excited! :) 

Untuk game yg ni, kami pilih adventure lane! Tu yang semput nak naik tangaa tuh! haha...berlagak tak nak pilih yang intermediate dgn beginner! kikikik...tapi so far ok je...hehe...untuk yg Adventure lan ni, ada 5 flying fox! kalau ada 5 flying fox, maknanya dalam 5 kali jugakla korang kena panjat pokok! haaa...memang puas hati! memang peluh banyak keluar! peluh takut, peluh penat, peluh lapar! haaaa....

Ada juga cabaran mcam kena jalan atas tali yg goyang--goyang tuh....haaa yang tu memang menguji kekuatan tangan dengan keseimbangan. Ohh ya, sebelum korang nak join game skytrex ni, make sure berat badan anda tidak melebihi 100kg. heeee....ini untuk keselamatan.


Ini antara yang terlambat habiskan game dalam kumpulan kitorang, yang lain semua tengah teguk air kt pondok berehat. hehe...Baju dah masam dah! hahaha....

Fyda sebenarnya lagi suka tengok hijau-hijau pokok dengan environment yg nature macam nih daripada duk dalam mall! haha... sebab kan, kalau main game macam nih, takdelah mata ni gatai nak beli mcam-macam! haha... >.< hehe..taklah..sebenarnya alam semulajadi ni kan cantik, ada banyak oksigen! barulah rasa fresh ja... :)

Ikutkan game ni patutnya boleh dihabiskan dalam masa 2 jam sahaja untuk completekan semua cabaran yang disediakan. Tapi sebab kitorang ni baru naka panas enjin tu yang delay sikit, hehe...

Seronok sangat! Dapat jumpa kawan baru! lepas tu dapat main skytrex! 
Details untuk booking skytrex ni boleh pergi dekat website skytrex sendiri http://www.skytrex-adventure.com/ 

Ohh ya...dekat Malaysia sekarang ni baru ada 2 skytrex. #skytrexshahalam dan # skytrexlangkawi

Next entry Fyda cerita yg dekat Pulau Langkawi tu ya... bye.. :)

No comments: